Wednesday 24 September 2008

Cheezy Choc

Rupa cheezy choc yg telah di'deko' kan:

cheezy choc

Bile ade org oder menda2 yg kite tatau buat, rule no.1..ape yg penting ialah..cakap ok je

(walaupun dalam hati tatau camne nak buat)..tapi lantak lah..bagaimana dan dgn care ape itu..haruslah boleh dipikirkan kemudian kan..

so itu lah yg terjadi kat aku bile ade org mau mengorder chocolate cheese cake..hoho

so kat sini nak share cam ne nak buat choc cheese cake atau name glemer yg lebih ade kick lagi utk market purpose..cheezy choc

so bagaimanakah cara-caranya??

mula-mula seperti yg tidak perlu diajar lagi..sediakan base sponge chocolate cake..hah..(jgn cakap aku tak cakap pulak ok)

BAHAN-BAHAN

1-gelatine powder--------------------1 1/2 tablespoon gelatine powder

   full cream milk---------------------250 ml

   telur kuning------------------------2 biji

2-cooking chocolate------------------130 gm

3-cream cheese----------------------350 gm

    gula--------------------------------125 gm

 

KAIFIAT SEPERTI BIASA

1-Gelatine powder + Full cream milk + telur kuning=double boil sampai gelatine larut

2-Cooking chocolate=double boil sampai cair, then masukkan dalam adunan gelatine di atas.

3-Cream cheese + gula=pukul sampai texture smooth, then slowly camporkan adunan di atas(gelatine n cooking chocolate td)

4-Chillkan dalam fridge=3 hours

5-siap sedia utk dideco or enak dimakan begitu sahaja..huahua

beginilah rupa yg telah siap di'chill'kan:

cheezy choc : ep 1

selamat mencuba!(berusahalah dalam bahasa kartun jepun yg telah dialihbahasa)

how i made these butter cupcakes...

sekali sekala bile melihat sifu2 cupcakes kite dan cupcakes diorang di flickr, ade jugak rase di hati tu ingin mencuba..at least kalau sekali pon jadi la kan..

so cupcakes kat bawah ni laa hasilnya setelah berape lame memendam rase ingin membuatnye..



cup cakes: the new beginning buttercup cakes

for this time, butter cupcakes telah menjadi pilihan hati..nak tau camne nak buat??senang gile serius hahaha

BAHAN-BAHAN

1-Butter---------------------------250 gm

2-Tepung Naik sendiri-------------240 gm

3-Gula------------200 gm atau gula merah(brown sugar)--------250 gm

4-telur gred A---------------------5 biji

5-esen vanilla---------------------1 teaspoon,bukan essein player chelsea tu(tak lawak..hoho)

KAIFIAT PEMBUATAN

1-Butter + Gula=pukul sehingga agak- agak lembut, then masukkan telur, pukul sehingga kembang.

2-Masukkan tepung naik sendiri= mixkan, tidak perlu lama.

3-masukkan dlm cup, letak dlm tray/acuan aluminium=bakar lah dlm oven mengiku suhu macam mana korang masak kek2 biasa

4-hias atas kek mengikut suka hati..hahaha

p/s: sebenarnya what matter buat cupcakes ialah decoration, so pandai-pandai lah mengikut creativity sendiri ek..

lagi satu, brown sugar kurang manis nak dicomparekan ngan gula biasa, thats why la sukatan die pon lain..kalau kat egypt, nak carik brown sugar ni, carik la gula untuk diabetes..itulah bendanya..

SELAMAT MENCUBA buat benda senang!hehe

american choc cake

Salam sume..dah lame tak update blog sendiri..tula asek usha blog orang je..blog sendiri terabai..huahua

so kali ni nak share satu resipi american choc cake, yg mane as usual courtesy dr BS Bakery lagi ekk..(aku dah rase cam jd unpaid promoter BS Bakery dah..huahua)
lantak lahh..dah BLOM ade bakery sendiri katekan..huahua

BAHAN-BAHAN

1-Chocolate Emulco------------20 gm

    serbuk koko-----------------60 gm

    air suam---------------------220 gm

2-Butter-----------------------250 gm

3-Gula-------------------------350 gm

    Garam-----------------------5 gm

4-Telur-------------------------4 biji(gred A)

5-Esen Vanilla------------------1/2 tea spoon

6-Tepung High Ratio------------250 gm(jika tak ada, boleh jugak pakai tepung superfine)

    Sodium bicarbonate-----------1/2 teaspoon

    Baking powder----------------1 teaspoon

Kaifiat pembuatan

1.Air suam + serbuk koko + emulco=campur + kacau sehingga tak berketul

2.Butter + Gula + Garam= pukul sampai halus, then masukkan telur + esen vanilla.

3.Masukkan tepung high ratio td + baking powder + sodium bicarbonate

4.Masukkan serbuk koko yg dah dicairkan td.

5.Bakar pada suhu 180 c=35-45 minit.

kek ini sedia untuk dimakan bersama family..bagi yg duduk jauh di perantauan esp kat egypt nu..ape kate we all terima hakikat  yg aku tak pernah lagi jumpe tepung high ratio kat sane n tak tau lg ape substitute yg bole untuk bahan2 itu..

so marilah bersama-sama menggigit jari..huahuahua 

inilah kek berikut..setelah dipakaikan bajunya..
hormatilah bulan Ramadhan dengan menutup aurat sebaik-baiknya..




american chocolate moist

Template Design | Elque 2007