Wednesday 24 September 2008

Cheezy Choc

Rupa cheezy choc yg telah di'deko' kan:

cheezy choc

Bile ade org oder menda2 yg kite tatau buat, rule no.1..ape yg penting ialah..cakap ok je

(walaupun dalam hati tatau camne nak buat)..tapi lantak lah..bagaimana dan dgn care ape itu..haruslah boleh dipikirkan kemudian kan..

so itu lah yg terjadi kat aku bile ade org mau mengorder chocolate cheese cake..hoho

so kat sini nak share cam ne nak buat choc cheese cake atau name glemer yg lebih ade kick lagi utk market purpose..cheezy choc

so bagaimanakah cara-caranya??

mula-mula seperti yg tidak perlu diajar lagi..sediakan base sponge chocolate cake..hah..(jgn cakap aku tak cakap pulak ok)

BAHAN-BAHAN

1-gelatine powder--------------------1 1/2 tablespoon gelatine powder

   full cream milk---------------------250 ml

   telur kuning------------------------2 biji

2-cooking chocolate------------------130 gm

3-cream cheese----------------------350 gm

    gula--------------------------------125 gm

 

KAIFIAT SEPERTI BIASA

1-Gelatine powder + Full cream milk + telur kuning=double boil sampai gelatine larut

2-Cooking chocolate=double boil sampai cair, then masukkan dalam adunan gelatine di atas.

3-Cream cheese + gula=pukul sampai texture smooth, then slowly camporkan adunan di atas(gelatine n cooking chocolate td)

4-Chillkan dalam fridge=3 hours

5-siap sedia utk dideco or enak dimakan begitu sahaja..huahua

beginilah rupa yg telah siap di'chill'kan:

cheezy choc : ep 1

selamat mencuba!(berusahalah dalam bahasa kartun jepun yg telah dialihbahasa)

how i made these butter cupcakes...

sekali sekala bile melihat sifu2 cupcakes kite dan cupcakes diorang di flickr, ade jugak rase di hati tu ingin mencuba..at least kalau sekali pon jadi la kan..

so cupcakes kat bawah ni laa hasilnya setelah berape lame memendam rase ingin membuatnye..



cup cakes: the new beginning buttercup cakes

for this time, butter cupcakes telah menjadi pilihan hati..nak tau camne nak buat??senang gile serius hahaha

BAHAN-BAHAN

1-Butter---------------------------250 gm

2-Tepung Naik sendiri-------------240 gm

3-Gula------------200 gm atau gula merah(brown sugar)--------250 gm

4-telur gred A---------------------5 biji

5-esen vanilla---------------------1 teaspoon,bukan essein player chelsea tu(tak lawak..hoho)

KAIFIAT PEMBUATAN

1-Butter + Gula=pukul sehingga agak- agak lembut, then masukkan telur, pukul sehingga kembang.

2-Masukkan tepung naik sendiri= mixkan, tidak perlu lama.

3-masukkan dlm cup, letak dlm tray/acuan aluminium=bakar lah dlm oven mengiku suhu macam mana korang masak kek2 biasa

4-hias atas kek mengikut suka hati..hahaha

p/s: sebenarnya what matter buat cupcakes ialah decoration, so pandai-pandai lah mengikut creativity sendiri ek..

lagi satu, brown sugar kurang manis nak dicomparekan ngan gula biasa, thats why la sukatan die pon lain..kalau kat egypt, nak carik brown sugar ni, carik la gula untuk diabetes..itulah bendanya..

SELAMAT MENCUBA buat benda senang!hehe

american choc cake

Salam sume..dah lame tak update blog sendiri..tula asek usha blog orang je..blog sendiri terabai..huahua

so kali ni nak share satu resipi american choc cake, yg mane as usual courtesy dr BS Bakery lagi ekk..(aku dah rase cam jd unpaid promoter BS Bakery dah..huahua)
lantak lahh..dah BLOM ade bakery sendiri katekan..huahua

BAHAN-BAHAN

1-Chocolate Emulco------------20 gm

    serbuk koko-----------------60 gm

    air suam---------------------220 gm

2-Butter-----------------------250 gm

3-Gula-------------------------350 gm

    Garam-----------------------5 gm

4-Telur-------------------------4 biji(gred A)

5-Esen Vanilla------------------1/2 tea spoon

6-Tepung High Ratio------------250 gm(jika tak ada, boleh jugak pakai tepung superfine)

    Sodium bicarbonate-----------1/2 teaspoon

    Baking powder----------------1 teaspoon

Kaifiat pembuatan

1.Air suam + serbuk koko + emulco=campur + kacau sehingga tak berketul

2.Butter + Gula + Garam= pukul sampai halus, then masukkan telur + esen vanilla.

3.Masukkan tepung high ratio td + baking powder + sodium bicarbonate

4.Masukkan serbuk koko yg dah dicairkan td.

5.Bakar pada suhu 180 c=35-45 minit.

kek ini sedia untuk dimakan bersama family..bagi yg duduk jauh di perantauan esp kat egypt nu..ape kate we all terima hakikat  yg aku tak pernah lagi jumpe tepung high ratio kat sane n tak tau lg ape substitute yg bole untuk bahan2 itu..

so marilah bersama-sama menggigit jari..huahuahua 

inilah kek berikut..setelah dipakaikan bajunya..
hormatilah bulan Ramadhan dengan menutup aurat sebaik-baiknya..




american chocolate moist

Thursday 21 August 2008

my first tiramisu

Tiramisu

this recipe is courtesy from BS Bakery

tiramisu yg akan dieksport..please make daddy proud..hoho

Sponge cake
mengikut adunan kek span Ukuran 9" menggunakan 5 biji telur.(perhatikan entri sebelum ini)
+satu sudu teh coffee oil


Cheese mousse
Mascarpone cream cheese 350 gm
Sour cream 200 gm
Castor sugar 150 gm
Gelatin 20 gm
Air 50 ml
Whipped Cream 250 gm
Non Dairy UHT whipping cream 150 gm
Cooking chocolate  

Syrup Coffee
Gula 80 gm
Air 80 gm
Nescafe/instant coffee 10 gm
Coffee oil 10 gm


Cara-cara

Sponge cake
-Sponge cake dibakar
-ketepikan dahulu apabila sudah siap
-selepas sponge cake siap dibakar, potong dan bahagikan kek itu kpd 3 layer yg berasingan.

Cheese Mousse
-Double boil gelatin dan air sehingga larut..ketepikan
-Pukul whipped cream sampai kembang
-Masukkan UHT non dairy cream, kacau sampai pekat
-Double boilkan campuran sour cream, mascarpone cream cheese dan gula sampai gula cair
-masukkan gelatin yg dah siap di double boil td n kacau sampai sebati
-apabila hasil double boil mascarpone td dah sejuk, masukkan ke dalam adunan whipped cream td
-kacau dalam bekas yg berisi ais sehingga pekat.(kalau kat egypt tym winter tak payah)

Penggabungan sponge cake dan cheese mousse

-letak lapisan sponge cake yg paling bawah sekali(pastikan letak di dalam loyang cheese cake)
-rendam biskut lady finger dlm coffee syrup, tak perlu lama, agak2 dah lembik sedikit, susun di atas lapisan sponge cake tu
-Susun tak perlu penuh, agak2 dah bole cover dlm 60 percent permukaan, kire ok la tu.

-bahagikan adunan cheese mousse tu kpd 3 bahagian
-tuangkan 1/3 adunan cheese mousse td, 
-dah siap tu, letak di atasnye lapisan kedua sponge cake
-ulang prosedur menggunakan biskut lady finger tadi di atas permukaan kedua ini,
-sagatkan cooking chocolate dalam saiz kasar di atas permukaan secukup rasa,
-masukkan 1/3 lg baki adunan cheese mouse td
-dah siap tu bole lapiskan dengan lapisan ketiga(lapisan terakhir) sponge cake
-permukaan y paling atas ni tak perlu letakkan lady finger, just disapu baki adunan cheese mousse td td

-tiramisu dah siap, masukkan dalam freezer 2 jam, after that pindahkan ke peti ais biasa..

pic di bawah ini menunjukkan bagaimana rupa biskut lady finger yg  disebut2
lady finger's biscuit


IMG_3649
beginilah rupanya tiramisu yg telah selamat disejukkan..

p/s:1)sour cream di egypt=laban rayeb juhayna kaler ijau

        2)cheese  mascarpone sangat mahal!!=rm 32 utk 500 gm..nak tuka cream cheese biase pon bole..

        3)castor sugar=gula kisar


so..selamat mencuba, entri pasni nak tunjuk camne nak hias pulak..hehe

Thursday 14 August 2008

sponge kek dan ukurannya

Ukuran 9"

300 gm sponge mix

60 gm air

60 gm minyak

5 biji telur

Ukuran A

250 gm sponge mix

50 gm air

50 gm minyak

4 biji telur

Ukuran B

187.5 gm sponge mix

37.5 gm air

37.5 gm minyak

3 biji telur

Ukuran C

125 gm sponge mix

25 gm air

25 gm minyak

2 biji telur

So entri kali ni just nak share ukuran2 sponge cake mengikut saiz yg berbeza, sebagai contoh, kek sprti pic di bawah mengunakan ukuran C...disebabkan saiznya yg begitu sweet..hoho

kek bersaiz chomel for two

Oh ya, sebelum terlupa, kalau korang menggunakan telur gred double A(satu tray RM 9.00), so tak payah letak air..tp tak sure pulak di egypt sebab walaupun Orangnya rata-rata sangat berani, telur-telur di sana pulak rata-ratanya sangat kecik..heheh.. nak tak nak kene letak air ok..

ok till then kalau aku rajen menghapdet resepi2 baru yg aku baru blaja..huhuh

supreme cheese cake

Salam..

ENtri kali ni mebi bole share serba sedikit resepi ciskek yg sedikit lain..
dinamakan kek cheese supreme..kelainannya iaitu:
1-tidak menggunakan butter
2-berat gula yg dikurangkan
3-terdapat juga gula yg diputar bersama-sama cheese cream, tidak hanya dengan putih telurtidak seperti resepi sebelum ini

Ciskek yg tiada unsur2 butter dan kurang manis ini, boleh membantu korang untuk  habiskan seluruh kek ini tanpa ada rasa muak,
and sape2 yg selalu buat ciskek..for sure dpt mendetect kelainan rasenye..cis!huhu 

Bahan-bahan
Lapisan bawah - adunan sponge kek biasa mengikut citarasa anda sendiri

Lapisan atas

300 gm cheese cream
50 gram gula
3 biji kuning telur
50 gm sour cream
20 gm cornflour
1 teaspoon sunquick
1 teaspoon vanilla


3 putih telur
30 gm gula


Cara-cara
1)Pukul putih telur + gula sehingga kembang..selepas kembang pindah ke bekas lain
2)Pukul cream cheese + sour cream + gula sehingga halus
3)Masukkan kuning telur seperti kek keju biasa
3)Campur semua bahan yg dipukul tadi dan masak


besa tangan aku jer

teknik baking waterbath insyaallah akan menghasilkan permukaan yg smooth begini..

peace no war!

setelah dideko

Sunday 20 July 2008

Carrot Cake

2 tahun lepas,zaman2 mak aku bwat kek carrot di mana biasanya kek carrot sentiasa tersedia saje dlm freezer..aku bwat2 jual mahal walaupun pernah je makan ape yg die buat tu n kebetulan mase nek flight balik ke cairo tak beberape lame lepas tu..adela pulak dlm kek carrot dlm menu..

so minda akhir zaman yg suke compare mengompare nih mule la mengompare rs die ngan y mak buat dan setelah berfikir sejenak setelah mengenepikan rasa biased perasaan sayang sorang anak terhadap ibunye(konon2la), aku memutuskan yg resepi yg mak aku pakai ini adalah sedikit lebih sedap(xnak bagi nampak biased) berbanding kepunyaan sia(sorry singapore airlines,never meant to hurt you)

mungkin agaknye dlm flight da lame terperap..takpon ni suma berpunca dr masalah kroni..(mana2 yg ade sedara mara glc bleh la huraikan sendiri inferens ini)..apa2 lah

so skang selepas 2 tahun im back utk menuntut resepi ini yg hanya terletak pada sekeping kertas berhabuk n aku rase mak bleh je send thru tenet bile2..tapi besela..nak memastikan sanad bersambung punye pasal beb..
so slamat mencuba..selamat berusaha menghasilkan yg terbaik..

Bahan-bahan
Telur 3 biji
1 1/2 cawan gula
2 1/4 tepung naik sendiri
2 sudu teh bicarbonate
3 cawan carrot yg telah disagat dengan saiz yg paling kasar
2 sudu teh vanilla
1 1/4 minyak masak
1/4 sudu teh serbuk kayu manis

Cara-cara
1)mixkan gula+telur sampai agak2 gula berubah menjadi halus.
2)masukkan bahan2 yg len kecuali minyak
3)last skali masukkan minyak.
4)jgn lupa bakar.(takut2 anda merenung je kek tu tunggu apsal tak jadi)

p/s:kek ini jenis basah seperti cheesecake..maka dibakar sedikit lame..lebih kurang cheesecake okke..

lagi satu, oleh kerana carrot itu sendiri sudah pon manis,maka amat digalakkan agar mengurangkan sedikit gula drpd 1 1/2 cawan kpd secawan pon dah ok..kreativiti anda untuk mengauta rasa contohnya kemanisan amatlah dialu2kan dan didahului dgn ucapan terima kasih..


Q and A

Q-Sy sedar kek sy bantat.Sy tahu siapalah saya.Tapi mengapakah pembantatannya tidak sekata??hanya die bahagian bawah??

A-Rasa2 ini mesti sebab anda ialah seorang yg pemalas dan memasukkan semua bahan serentak tanpa memikirkan apakah nasib gula yg belum halus jika dibuat begitu dan menyebabkan gula naik ketika dibakar.rasa2la..sy bkan reti sgt pon..huhu

IMG_3278

carrot mesia yg cun2 dan licin2,tak mcm egypt nye

IMG_3392

Yer gambar yg besa semacam ini ditujukan khas buat mereka yg merasakan entri tanpa gambar hanyalah ckp kosong krn tiada bukti..dan di dalam bekas yg sangat ordinary

Monday 14 July 2008

bukan chocolate cake biasa...

Bila berbicara tentang chocolate cake, adela beberapa resipi yg aku dah try
n dlm banyak2 resepi yg dikumpul dari serata dunia(mesir n mesia je dr mak)
so at last aku akhirnya tersedar yg aku telah terpikat ngan satu resipi ni..mak aku namakan choc moist je
aku tak kesah pon nak bagi name ape kek ni dalam bidang per'kek'an ni..bg aku title comes last..what comes first??appearance, and taste lah kan???sukati korang la nak letak nama apa...hehehe

Bahan-bahan
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan serbuk koko
1 3/4 gula
2 biji telur gred AA
1 cawan minyak
1 cawan susu tepung
1 cawan air suam
secubit garam
2 sudu teh serbuk penaik
1 1/2 sudu teh bikarbonat


Bahan B
1 cawan air yg baru mendidih

p/s=susu tepung secawan itu dilarutkan dalam air suam secawan dahulu sebelum dimasukkan
Cara-Cara
1)Gaulkan bahan-bahan A seperti mana anda akan mendapati rupanya lebih kurang brownies
2)Panaskan air
3)setelah anda merasakan gaulan sudah ok(tidak perlu begitu sebati), dan air telah, mendidih, masukkan secawan air yg telah mendidih itu
4)gaul sehingga tiada ketulan2 lagi
5)siap sedia utk dibakar.

Q and A

Q-apakah jenis cawan yg patut sy gunakan?apa-apa pon bole ke?
A-pemilihan cawan adalah sangat kritikal utk kek ini.sukatan di atas supposedly khas utk cawan mesia yg bentuk kon(kecik kat bawah,luas di atas)
jika anda menggunakan cawan jenis lain,dikhuatiri kek itu tidak akan naik pon,mebi terpahit,termanis kerana nisbah yg tidak sekata antara saiz cawan dan campuran yg diperlukan ok.


Q-kek sy jadi n naik ok,tapi apsal keras dan nampak membosankan??
A-ini prob biase yg jadi,so kalau korang rajin sikit,bakarlah kek ni bersama2 dengan ada unsur2 air sekali dlm oven tu..macam mana tu?(lu pikir sendiri la)

k, sekian sahaja utk kali ni,guess what,sume org at least boleh buat choc cake, tapi tak sume org boleh impress org lain(dengan impress yg tersangat impressive) dgn choc cake tu..

So, my suggestion,recipe ni rasanya sangat sesuai utk impress org yg tersayang, takpon try utk tekel bakal mak mertua,mesti die suke..hehee 

p/s:sori entri takde gamba..len kali lah orait

Thursday 15 May 2008

ishh..ciskek btol..ish..

Resepi rahsia cheese cake version sendiri yg disesuaikan ngan bahan2 kat mesir yg terchenta.™


Seperti yg sume org tau, Cheese cake ade 2 layer.base ngan layer cheese kat atas.
Base de plk de mcm2 jnis.ade yg buat pakai base biskut,ade yg buat pakai jenis2 kek yg lain.
Dalam byk2 kek yg biase kedai2 kat mesia buat,aku pilih kek span utk menjadik base sbb:
1)kek span-kek paling lasak
2)kek span bleh menyerap rasa cheese dr layer atas
3)kek span mudah dibuat n rase de ok.
4)kek span senang diadjust tinggi mane kek yg korang nak buat

So muqadimmah kat atas ni just utk menjawab pertanyaan apsal pilih kek span menjadik base.


Bahan-bahan
Base(kek span)

180 gm tepung sponge mix
3 biji telur gred A
25 ml air
25 ml minyak masak


Layer cheese atas

140 gm telur putih
80 gm gula
90 gm telur kuning
125 gm butter
125 gm cream cheese
200 gm whipping cream
35 gm tepung jagung
1 biji lemon(utk perahan)


Cara-cara

base(kek span)

1)tepung+telur+air..pukul sampai kembang
2)dah kembang masukkan minyak.teruskan pukul dlm 3 minit
3)bakar dlm oven api double(atas dan bawah).agak2 dah masak.(maknanya tak masak sangat pon takpa, asalkan permukaan atas dah masak),kemudian keluarkan.
pastikan anda meletak lapik kertas di bawah.

Cheese atas
1)asingkan telur putih dan telur kuning
2)timbang kedua2 mengikut berat yg dikehendaki.
3)telur putih + gula.pukul sehingga kembang baik(jadik keras)
4)cream cheese + butter.pukul sehingga tak berketul(di bekas yg lain).(lebih baik biarkan butter dalam suhu bilik sebelum dipukul terlebih dahulu)
5)Dah tak berketul,masukkan whipping cream ke dlm adunan cheese dan butter td.
6)setelah tak berketul,masukkan pulak kuning telur.
6)agak2 dah sebati,masukkan putih telur yg dah dipukul dan keras td.
7)masukkan tepung jagung
8)perahkan lemon
9)siap sedia utk dibakar.


ciskek yg naked(18 sx)..I love that thing uncovered..hahaha
ciskek yg naked(18 sx)..I love that thing uncovered..hahaha


table for two
table for two??nahh.. i prefer eating them both...huhuh


Q and A


Q-sy pukul putih telur tapi apsal die tak naik-naik?dah lame gile dah ni weyy..susah la camni..
A-mende2 camni biase jadi bile ade sikit pon kuning telur atau pun foreign body lain.cth minyak yg tercampur ngan putih telur tu selain gula.so hati2 okke.jgn kerana kuning telur setitik, rosak adunanan putih telur sebelange

Q- tepung kek span(sponge mix) tu camne dan di mana bleh mendapatnya?
A-tepung ini ade dijual di mana2 kedai barangan kek..just ckp sponge mix(cara sebutan=esbonge miks)terdapat due perisa.vanilla dan coklat.yg aku gunakan utk kek ni vanilla.sekilo dlm 12 LE.

Q-sy nak bwat kek cheese tp mahal sgt la whipping cream?(x mampu)
A-ramai antara kita yg susah2 beli whipping cream juhayna.bg yg lebih suke menjimatkan kos.beli lah saje serbuk whipping cream di kedai2 barangan kek.sekilo 26 LE.ckp je krim shanti.Yg dijual di kedai ada 2 jenis. krim shanti bissukkar(with sugar) dan min gheir sukkar(without sugar).pastikan anda beli yg bissukkar(with sugar) utk kemudahan di kemudian hari.
Utk mendapatkan 200 gm seperti timbangan yg diperlukan di atas,campurkan 40 gm tepung krim shanti dengan 160 ml air.maka dapatlah 200 gm.jgn lupe kacau, kasi sebati sket okke.

Q-apakah cream cheese yg paling sesuai utk sy gunakan?
A-terdpt byk pilihan:
1-Kiri jenis kotak yg bertulis gibnah bilqishtah
2-president jenis kotak yg bertulis gibnah bilqishtah
3-president jenis botol kaca berlabel biru.tak silap 144 gram.jgn yg berlabel emas(cheddar)
kalau korang gunakan yg jenis kotak,8 portion kecik tu dah okke.

Q-butter,camne plak?
A-beli je yg camne pon.yg import2 mcm lurpak atau president biasenye mahal.kalau nak jimat,beli buatan tempatan yg timbang kilo(lebih kurang 24 LE sekilo),nak lagi jimat,beli blended butter fernleaf(brand baek punya)=dlm 15 LE saje sekilo

Q-kek y sy buat turun kat tengah2.tepi je naik.apsal hah?
A-mende ni berlaku biasenye bile mase tgh bakar,yg tepi melekat kat permukaan tepi sedangkan yg tengah belum masak lagi,maka jadilah kawah apabila sudah siap. so aku syorkan korang sapu la mende2 cam marjerin ke.kalau takde butter pon orait.just mau kasi licin beb..takde la melekat2 atau susah nak naik.

Q-sy bakar,atas dah hangus tp dlm die blom masak lagi.camne nak buat?
A-suhu optimum nak bakar kek2 fragile camni biasenye 165-170 celcius.tp mengikut skill yg biase aku buat.bakar pakai api double(atas dan bawah) selame 15 minit. n then just tuka ke yg bawah sahaja(nk mengelakkan hangus di surface).biasenye siap2 aku setkan timer tu utk sejam terus.siap je bunyi loceng.insyaallah masak lah.
lg satu jgn dok intai2.sebab kek tu perlukan haba yg pendam utk masak dengan sakses nye okke.
Namun kalau oven rumah anda takde api atas,api bawah je,tak dapek den nak nolong.bkan ape, nak hasilkan kek y baek,effort kenela baek jugak kan(beli oven canggih).
tapi kan,kalau korang dah masak tp still ade kerak,jgn lupe nak buang kerak tu sebab die akan efek rase hangus tu okke..(lembu pon tau)

Q-apakah kepentingan lemon??.sebijik je pon..sy lupe la nak beli lemon taim kuar td..
A-hohh..lemon sgt penting,sebenarnye yg memberi sense of masam cheese ala2 ekslusif cheese cake costa cafe adlh lemon tu la.bkan cream cheese tu..kalau korang tak caye try la buat jgn perahkan lemon..misti tak bes..tak caye sudah.bek korang turun balik beli lemon tu.wahid bas kifaayah.



kalau korang nak buat base biskut..ha carikla sendiri kat internet,mesra dot net ke..mane2 la sebab base biskut ni takdela bercanggah sgt sumber2 n reliable la jugak
tak susah kan??goodluck n selamat menjamu selera okke..

owhh im looking fwd to kalau2 korang pon ada rahsia yg kite bole share same2 dalam meningkatkan kualiti baking kite dalam zaman yg serba mencabar ini..huhu

all copyright reserved.™©

Template Design | Elque 2007